Beku akaun, sekat pasport ajar peminjam PTPTN ingkar

KUALA LUMPUR, 12 JUN — Pempengaruh media sosial menggesa kerajaan menggunakan kuasanya bagi mendesak peminjam membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mohd Ezairol Rezan Zainol berkata pelbagai pendekatan boleh digunakan kerajaan seperti pemotongan automatik melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Buat potongan automatik macam KWSP untuk pekerja kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang makan gaji.

“Untuk orang yang kerja sendiri. Jika terbukti dia ada perniagaan atau buat kerja bebas macam Grab atau Food Panda, minta bank bekukan akaun aktif orang begini.

“Sampai dia berusaha untuk bayar hutang PTPTN yang dia culas bayar selama ni,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang mendedahkan 400,000 peminjam enggan melunaskan hutang PTPTN.

Katanya, kerajaan juga boleh meneruskan kaedah dengan menyenaraikan nama peminjam kepada agensi rujukan kredit seperti CTOS dan CCRIS.

“Senarai hitam nama mereka yang langsung gagal membayar hutang PTPTN ini. Masukkan nama mereka dalam CTOS dan CCRIS.

“Justifikasinya orang yang gagal bayar hutang ini memang tidak layak pun hendak buat apa-apa pinjaman perumahan atau pun pinjaman peribadi,” katanya. 

Mohd Ezairol berkata kerajaan juga dituntut meneruskan sekatan ke luar negara bagi peminjam yang enggan melunaskan hutang PTPTN.

Katanya, peminjam culas juga perlu dihalang membeli kereta mewah sehingga hutang pinjaman mereka dilunaskan sepenuhnya.

“Tidak boleh bercuti ke luar negara selagi tidak mula bayar hutang. Maka pasport tidak boleh diperbaharui untuk pergi bercuti.

“Tidak boleh buat apa-apa pinjaman jual beli kereta berharga lebih dari RM35,000 ke atas sehingga hutang habis dibayar.

“Sebab kau ada hutang, maka bayar dulu hutang sebelum hendak pakai kereta mewah. Buat permulaan kau dibenarkan beli Axia Kompang harga RM22,895,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Aktivis dakwa ramai mahu Maszlee kembali jadi menteri

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Dr Anuar Ahmad menegaskan...

Loke sedia jadi ‘bad boy’ halang aktiviti bas pajak

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Anthony Loke bersedia menjadi...

Anwar gesa belia kukuh nilai integriti, akauntabiliti

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PAS ikrar cari dalang khianat Yusoff lepas kerajaan jatuh

KUALA LUMPUR, 13 JUN — PAS berikrar akan mencari...