Bayar balik RM100 juta YB Rembia, Jumpa di mahkamah – DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO hari ini mengemukakan dokumen perjanjian didakwa ditandatangani oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis, berkenaan implikasi bakal dihadapinya sekira menyertai parti politik lain atau bergelar ADUN Bebas.

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata ADUN Rembia itu, telah menandatangani Perjanjian Perwakilan Calon Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Negeri Melaka ke-15 pada 2021, sama seperti semua calon BN lain pada pilihan raya negeri itu.Beliau berkata perjanjian ditandatangani Muhammad Jailani itu telah dibuat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selaku saksi, serta telah dimatikan setem di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Selain perjanjian, ada juga akuan bersumpah setiap calon ditandatangani beliau, yang (perkara) 6.1 dinyatakan dengan jelas jika berhasrat menukar parti atau bertukar haluan daripada menyokong BN, UMNO, MIC atau MCA termasuk menjadi ADUN Bebas, berjanji meletak jawatan sebagai ahli dan ADUN supaya satu Pilihan Raya Kecil (PRK) dapat diadakan.

“Manakala (perkara) 6.2 pula menyatakan akan membayar balik kepada BN sejumlah RM100 juta. Inilah kesannya,” katanya menerusi video dimuat naik dalam media sosialnya yang turut menyertakan dokumen perjanjian dan akuan bersumpah ditandatangani oleh Muhammad Jailani pada 7 Nov 2021.

Asyraf Wajdi berkata video media sosial itu adalah untuk menjelaskan sebarang kekeliruan, ekoran kenyataan Muhammad Jailani yang mendakwa dirinya tidak terikat dengan sebarang perjanjian, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO dan menyertai PAS baru-baru ini

“Jadi tepuk dada tanya selera. Sudah terhantuk baru hendak tergadah. Kita jumpa di mahkamah,” katanya pada akhir video itu.

#InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...