Bangkit isu bendera China, ADUN PAS digantung enam bulan

KUALA LUMPUR, 16 APRIL — Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Razman Zakaria selama enam bulan.

Speaker, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid membuat keputusan itu selepas mendengar usul yang dibentangkan ADUN DAP Ong Boon Piow, lapor Astro Awani.  

Usul berkenaan kemudiannya disokong ADUN UMNO Datuk Shahrul Zaman Yahya yang kemudiannya mendapat sokongan majoriti secara undi suara.

ADUN DAP Jason Ng Thien Yeong pada 4 Disember lalu mengusulkan Razman dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak selepas didakwa membuat kenyataan palsu.

Razman dua hari sebelumnya didakwa mengeluarkan kenyataan tidak benar membangkitkan bendera China dikibarkan di Teluk Intan.

ADUN Gunung Semanggol itu didakwa mengeluarkan kenyataan perkauman dan hasutan serta menimbulkan perasaan sakit hati di bawah Peraturan 40 (11)(b) dan (c) Perintah Tetap.

Speaker berpendapat usul tersebut mempunyai merit bagi merujuk Razman ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...