Bajet RM150 juta, PAS soal hala tuju MYKiosk KPKT

KUALA LUMPUR, 14 MEI — PAS Selangor menggesa siasatan menyeluruh ke atas projek MyKiosk yang dibangunkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ketua Penerangannya, Zurk Ahmad berkata ini kerana RM150 juta sudah diperuntukkan untuk deretan kiosk merah putih yang kosong, terbiar dan makin usang.

“Demikianlah realiti projek MyKiosk oleh KPKT di bawah menterinya Nga Kor Ming yang jelas menunjukkan kegagalan.

“Sehingga sekarang sudah lebih 7,000 unit kiosk disediakan namun hanya sedikit yang beroperasi. Lebih mendukacitakan, kiosk yang tersadai itu berharga RM25,000 seunit,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kegagalan pelaksanaan MyKiosk oleh KPKT.  

Katanya, rata-rata peniaga mendakwa kiosk tersebut sempit, senang dimasuki hujan serta berada di lokasi yang tidak strategik dan tidak padan dengan peruntukan yang diberi.

“Projek gajah putih sebegini bukan perkara baharu dalam kerajaan campuran dan MyKiosk menjadi satu contoh bagaimana perancangan tanpa libat urus dan tanpa ketelusan.

“Adakah kajian dan perancangan menyeluruh sudah dibuat sebelum inisiatif dijalankan? Bagaimana kos untuk struktur kecil ini boleh mencecah harga lebih RM20,000 seunit?

“Berapa banyakkah sebenarnya kiosk yang beroperasi? Adakah inisiatif ini berjaya membantu peniaga kecil atau hanya memberi keuntungan kepada kroni tertentu?” soalnya. 

Projek MyKiosk adalah inisiatif KPKT untuk membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan menyediakan ruang niaga yang seragam.

MyKiosk bertujuan meningkatkan pendapatan dan taraf sosio ekonomi penduduk setempat melalui penyediaan kiosk perniagaan dengan kadar sewa yang rendah.

Sebanyak 7,243 unit MyKiosk sudah diluluskan di 133 daerah seluruh negara bagi membantu lebih 7,000 keluarga meningkatkan pendapatan mereka.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...