Azalina berkeras mahu penjawat awam bersara 65 tahun

KUALA LUMPUR, 22 MEI — Datuk Seri Azalina Othman Said kekal dengan pendirian untuk meningkatkan had usia persaraan penjawat awam kepada 65 tahun. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata walau cadangan berkenaan mengundang kontroversi namun ia masih relevan untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Mungkin kerajaan boleh pertimbang umur 65 tahun. Ini pandangan peribadi saya, bukan pandangan Kabinet. 

“Ada pegawai yang kami temui masih muda dan aktif. Cuma mereka sudah capai umur 60 tahun,” katanya kepada pemberita di Universiti Malaya di sini hari ini. 

Pempengaruh media sosial semalam menyelar cadangan Azalina yang mahu menaikkan umur persaraan kakitangan kerajaan.

Mohd Ezairol Rezan Zainol berkata umur 60 tahun adalah masa sesuai untuk menyerahkan kuasa dan tanggungjawab kepada kakitangan yang lebih muda. 

Katanya, umur 60 tahun adalah waktu yang tepat untuk bersara dan tidak perlu sebarang justifikasi untuk menaikkan kepada 65 tahun.

Azalina berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya tidak memandang ringan cadangan itu.

Katanya, ini kerana peningkatan had usia persaraan selari dengan tuntutan negara maju yang mengiktiraf kepakaran kakitangan profesional.

“Saya tahu netizen ramai, ada yang suka, ada yang tidak suka. Tidak mengapalah ia sekadar pandangan.

“Tetapi saya dimaklumkan di Singapura dan Brunei [had usia bersara] 65 tahun.

“Daripada pemerhatian saya, saya tidak mengetahui sekiranya kerajaan hendak melihat sama ada memilih sesetengah atau semua atau sesetengah industri,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom 

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...