Awang seru KPM tegas hukum pihak hina Jalur Gemilang

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 2 MEI — Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan menggesa tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak yang menghina Jalur Gemilang. 

Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA itu berkata, kecuaian dalam ilustrasi Jalur Gemilang tidak boleh dibiarkan agar menjadi teladan pada masa hadapan. 

“Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pegawai atau kakitangan yang terlibat dalam isu itu. 

“Tatacara Operasi Standard (SOP) di kementerian perlu dikemaskinikan dan dipertegas pematuhannya oleh semua warga kerja kementerian.

“Jika benar alasan bahawa hal itu terjadi disebabkan penggunaan aplikasi kecerdasan buatan (AI), natijahnya ialah tidak kompetennya penjawat awam yang terbabit,” katanya. 

Beliau berkata demikian  kepada Inspirasi Channelz ketika mengulas permohonan maaf Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Permohonan maaf itu dibuat susulan ilustrasi salah Jalur Gemilang dalam Laporan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan minggu lalu. 

Awang berkata AI sepatutnya menjadi alat bantu untuk kecemerlangan hasil kerja, bukan menjadi alat perosak, lebih-lebih lagi berkaitan dengan lambang kedaulatan negara. 

Katanya, amat malang adanya penjawat awam yang tidak cakna dan bersikap bena tidak bena tentang lambang kedaulatan negara. 

“Sikap tidak prihatin pegawai kementerian sebagai institusi kerajaan dalam penyiaran gambar lambang penting kedaulatan negara bukan perkara remeh,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...