Asyraf cadang abadikan nama Pak Lah di MRSM

KUALA LUMPUR, 16 APRIL — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bercadang menamakan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas bersempena nama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu berkata cadangan itu akan dimajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai mengenang jasa Pak Lah, saya akan mendapatkan persetujuan Perdana Menteri untuk menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengenang pemergian Allahyarham Tun Abdullah yang disemadikan semalam. 

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85 tahun di Institut Jantung di sini kelmarin.

Allahyarham dilantik sebagai Perdana Menteri Kelima pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

Enam tahun menerajui kerajaan, Tun Abdullah kemudiannya mengumumkan peletakkan jawatan sebelum digantikan Datuk Seri Najib Razak pada 2 April 2009.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...