Anwar ucap takziah, gesa siasatan nahas FRU  

KUALA LUMPUR, 13 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Teluk Intan pagi tadi. 

Perdana Menteri berkata pihak berkuasa diseru untuk menjalankan siasatan menyeluruh serta menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga terlibat. 

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan pagi tadi.

“Saya turut mendoakan agar kesemua yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin selain dipermudahkan segala urusan.

“Pihak berkuasa diseru untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh serta menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian di aplikasi X mengulas kemalangan yang meragut nyawa petugas FRU yang dalam perjalanan ke Ipoh, Perak hari ini.

10 anggota FRU dilaporkan maut dalam nahas membabitkan lori muatan pasir di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan hari ini.

Antara mangsa yang maut ialah Sarjan S. Perumal, Koperal Nurit Pandak, Koperal Amiruddin Zabri, Koperal Mohd Pozli Jaudin, Koperal Akmal Muhamad, Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif dan Konstabel Akmal Wafi Annuar.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...