Anwar ucap tahniah, PAP menang besar PRU Singapura

KUALA LUMPUR, 6 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong atas kemenangan besar Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Perdana Menteri berkata PAP mendapat mandat kukuh apabila memenangi 87 daripada 97 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang berlangsung minggu lalu.

“Mandat kukuh yang diterima PAP — memenangi 87 daripada 97 kerusi — mencerminkan keyakinan dan kepercayaan tinggi rakyat Singapura terhadap kepimpinan Lawrence.

“Malaysia menantikan untuk bekerjasama rapat dengan Lawrence dan pentadbirannya dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang sudah lama terjalin.

“Ia berteraskan sejarah bersama-sama selain kerjasama ekonomi yang erat dan utuh selain hubungan sesama rakyat yang berjiran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas perbualan telefon bersama Lawrence.

Katanya, Malaysia yakin hubungan dua hala bersama Singapura akan terus berkembang dengan lebih kukuh di bawah kepimpinan Lawrence.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...