Anwar setuju hadkan tempoh jawatan PM selama 10 tahun

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan dia tidak akan memegang jawatan itu melebihi dua penggal atau maksimum 10 tahun.

Dalam ucapannya di Kongres Kebangsaan DAP ke-18, Anwar berkata dia bersetuju dengan cadangan untuk mengehadkan tempoh perdana menteri kepada dua penggal sahaja.

“Saya bersetuju dengan beberapa cadangan (reformasi). Untuk mengehadkan perdana menteri untuk 10 tahun memegang jawatan.

“Kerana kita tahu jika ia mencecah 22 tahun, itu akan memusnahkan negara,” kata Anwar dengan sindiran halus kepada salah seorang pengkritik tegarnya, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

  • Kerajaan komited melakukan agenda reformasi institusi termasuk mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa reformasi tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa untuk mengelakkan kegagalan.
  • Anwar menasihatkan bahawa segala usaha penggubalan undang-undang memerlukan proses rapi dan sokongan kukuh ahli Parlimen.

“Apa beza kita dengan kerajaan terdahulu. Kita tegas dengan keputusan reformasi sehingga ada antara kita yang takut untuk reformasi kerana anggap boleh merugikan, tetapi bagi yang pro-reform, mereka dilihat kurang sabar untuk lihat perubahan.

“Saya mahu katakan reformasi tidak mungkin berjaya sekiranya pimpinan laksana secara gelojoh, terlalu mendadak,” katanya.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...