Anwar seru henti kerenah birokrasi, projek lewat

KUALA LUMPUR, 24 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa isu kelewatan projek dan kerenah birokrasi diakhiri bagi memastikan infrastruktur rakyat disiapkan pada waktu yang ditetapkan. 

Perdana Menteri berkata isu yang menjadi permasalahan sejak 1980-an itu tidak wajar berulang dengan memastikan kegagalan lepas diatasi.

“Saya tegaskan bahawa isu kelewatan projek dan kerenah pentadbiran yang berakar sejak era 1980-an tidak seharusnya terus berulang. 

“Kita tidak punya ruang untuk mengulangi kegagalan yang sama. Masa tidak menunggu kita, dan rakyat pula menuntut tindakan, bukan alasan.

“Kerajaan Madani mesti bergerak lebih proaktif, bertindak dengan kecekapan dan berfokus pada penyelesaian yang tuntas,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook mengulas hasil Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara yang dipengerusikannya semalam.

Katanya, segala isu teknikal yang melibatkan pelbagai agensi daripada pelbagai kementerian sehinggalah agensi pelaksana perlu diselesaikan segera.

“Kerajaan komited memperkenalkan pendekatan baharu dalam penyediaan infrastruktur pendidikan melalui model sekolah vertikal di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.

“Dengan dukungan pemaju swasta, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Pendidikan akan bergandingan erat untuk menjayakan inisiatif ini.

“Agar akses kepada pendidikan berkualiti kekal terjamin buat anak-anak warga kota walau di tengah keterbatasan ruang,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...