Anwar puji Mufti Rusia semai harmoni antara agama

KUALA LUMPUR, 15 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Mufti Besar Rusia Sheikh Ravil Gaynutdin dalam usahanya mempromosi keharmonian antara agama.

Perdana Menteri berkata Sheikh Ravil juga memainkan peranan penting dalam membina persefahaman masyarakat majmuk di Rusia.

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama termasuk usaha memperkukuh institusi Islam dan memperluas pertukaran kepakaran.

“Serta memperkasa industri halal di Rusia dengan memanfaatkan kelebihan Malaysia sebagai peneraju pensijilan halal yang diiktiraf dunia.

“Ini adalah usaha yang amat berharga dalam dunia yang semakin dicalari perpecahan, kebencian dan prejudis,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini. 

Perdana Menteri tiba di Moscow semalam bagi tujuan lawatan rasmi selama empat hari disambut Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.

Beliau diberi kawalan kehormat sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2 pada 6.26 petang waktu tempatan (11.26 malam waktu Malaysia).

Anwar berkata pertemuannya bersama Sheikh Ravil membuka ruang mempererat ukhuwah antara dua komuniti Islam merentasi sempadan geografi dan perbezaan budaya.

Katanya, Malaysia berhasrat menjalinkan hubungan lebih erat dengan Rusia yang memiliki lebih 25 juta umat Islam terdiri daripada kepelbagaian aliran dan tradisi.

“Sebagai tanda persahabatan dan ikhtiar dakwah, saya menghadiahkan Al-Quran bersama terjemahan dalam bahasa Rusia.

“Selari dengan aspirasi kerajaan mewakafkan sejuta Al-Quran ke seluruh dunia demi memperluas kefahaman terhadap ajaran Islam dan menangkis gelombang Islamofobia.

“Sebagai balasan penuh makna, Sheikh Ravil turut menghadiahkan saya senaskhah Al-Quran mushaf Uthmani dari Uzbekistan yang mempunyai sejarah panjang,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...