Anwar Ibrahim merupakan individu yang tidak boleh menerima teguran – Hamzah Zainuddin

PETALING JAYA, 20 MAR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang tidak boleh menerima teguran, dalam rakaman audio siar Keluar Sekejap hari ini.

Menurut beliau, tidak salah bagi seorang pemimpin, terutama Perdana Menteri, untuk mendengar teguran daripada pihak pembangkang demi “membaiki segala perkara yang kita nampak tak betul.”

Beliau memberikan reaksi itu ketika menjawab soalan daripada salah seorang hos, Khairy Jamaluddin, tentang sifat-sifat Perdana Menteri sebelum Anwar, yang pernah beliau kenali.

Berhubung dengan peruntukan Parlimen pula, Hamzah berkata pihaknya tidak tahu bahawa mereka dijemput untuk menubuhkan jawatankuasa.

Malah katanya, pihak pembangkang juga telah menghantar surat untuk perbincangan, namun kerajaan tidak memaklumkan perihal tersebut kepada rakyat.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...