Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam untuk tidak menggugat prinsip utama Perlembagaan negara.
“Itu bukan kebebasan namanya. Itu akan membawa kepada kerosakan. Kritik, kritik. Banyak yang kritik Madani, banyak yang kritik dasar dasar kita termasuk pelaburan. Kita jawab. Tapi nak dibedakan sebab itu kita sebut 3R. Ada yang kata oh maknanya tak boleh sebut soal kaum, tak boleh soal agama atau Raja, tak betul. Boleh sebut tapi jangan fitnah.
“Jangan tanam bibit perpecahan ini. Belajar pengalaman daripada pengalaman negara lain. Pergaduhan di antara kelompok kelompok mazhab Islam. Pergaduhan antara kaum. Pergaduhan antara negara, hancur negara,” katanya.