Anwar gesa tingkat sinergi hubungan Malaysia-China

KUALA LUMPUR, 27 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa sinergi antara Malaysia dan China dipertingkatkan bagi memperkukuh hubungan dua hala.  

Perdana Menteri berkata antara komitmen yang boleh dipertingkatkan dalam sektor industri halal, pertikaian di Laut China Selatan dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Sinergi antara kedua negara penting untuk dipertingkatkan khususnya dalam bidang ekonomi, teknologi, projek infrastruktur dan pengangkutan seperti ECRL.

“Menangani pertikaian di Laut China Selatan, mengemaskini perjanjian Protokol Peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) dan industri halal.

“Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 menghargai komitmen China dalam memperkukuh kerjasama dan hubungan dua hala menghadapi cabaran global,” katanya.  

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri China, Li Qiang.

Katanya, pertemuan bersama Li akan memperkukuh kerjasama strategik melalui Sidang Kemuncak ASEAN bersama Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.

“Sidang Kemuncak ASEAN 2025 mencerminkan usaha Malaysia dalam memimpin benua ini dengan matlamat memperkukuh kesepaduan dan memacu kerjasama ekonomi.

“Ia bagi menangani isu serantau secara diplomatik dan pragmatik,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...