Anwar gesa belia kukuh nilai integriti, akauntabiliti

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa generasi muda terus menghayati kepentingan integriti dan akauntabiliti dalam aspek pentadbiran dan kepimpinan.

Perdana Menteri berkata kerajaan menerusi agensinya akan terus mempromosikan dua nilai berkenaan dalam menyediakan pelapis pimpinan negara.

“Penekanan turut diberikan terhadap peranan golongan muda termasuk remaja dan belia dalam memahami serta menghayati kepentingan integriti, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban.

“Adalah menjadi keutamaan untuk memastikan kesedaran mengenai nilai dan prinsip tata kelola terus dipupuk dan diperkasakan sejak usia muda.

“Ini bukan sekadar membentuk individu berintegriti tetapi juga melahirkan generasi pewaris kepimpinan negara yang mampu membawa aspirasi rakyat dengan penuh amanah,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tata Kelola Dewan Kenegaraan di sini hari ini.

Katanya, belia akan terus disantuni melalui pendekatan strategik melibatkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Saya menyentuh beberapa perkara penting yang berkait rapat dengan usaha memperjuangkan pembaharuan dan memperkukuh amalan tadbir urus yang baik di semua peringkat,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...