Anwar, Ejen Ali kenang semangat tinggi warga pendidik

KUALA LUMPUR, 16 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama animasi Ejen Ali hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.

Perdana Menteri menerusi video dua minit di laman Facebook menegaskan guru sentiasa berjuang di medan ilmu untuk memastikan misi pendidikan tercapai.

“Seperti ejen-ejen terhebat, mereka sentiasa berjuang di medan ilmu memastikan misi pendidikan tercapai, semangat mereka tinggi menjulang menjadi tunjang utama negara kita.

“Saya bersama wira muda kita Ejen Ali dan rakan-rakannya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pendidik. 

“Mengajar kita, mendidik kita dan menyampaikan ilmu semata-mata untuk melahirkan generasi Madani,” katanya. 

Anwar berkata dalam kehidupan ini sama ada pemimpin, doktor, jurutera, petani malah Perdana Menteri sekali pun, semuanya pernah belajar menulis, membaca dan mengira.

Katanya, setiap guru adalah satria yang sabar membentuk akhlak dan mempertahankan nilai untuk diajarkan kepada generasi masa depan.

“Guru ialah insan mulia yang tidak pernah meminta untuk dipuja tetapi setiap hari mereka menghembus kesabaran dalam mengukir masa depan anak bangsa.

“Tugas kita belum selesai kerana penat-lelah membentuk sahsiah seorang insan tidak berakhir dengan tamatnya sesi persekolahan.

“Ia adalah amanah yang berterusan dari satu generasi ke generasi seterusnya demi meneruskan pembinaan masyarakat Madani,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...