Anwar didesak cuti elak ganggu urusan hakim

Oleh Kamil Awang 

KUALA LUMPUR, 23 JUN — Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim bercuti bagi mengelak campur tangan dalam sistem kehakiman. 

Sekretariat yang turut dianggotai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan saranan itu bersama lima resolusi lain yang dimeterai hari ini.

“Anwar hendaklah mengambil cuti rehat sebagai Perdana Menteri sehingga kesnya di mahkamah selesai. 

“Ini kerana persepsi atau kemungkinan kacau ganggu dalam pentadbiran kehakiman akan wujud selagi mana beliau memegang jawatan tersebut kerana kes dihadapinya,” katanya. 

Enam resolusi diluluskan hari ini bagi mengelak campur tangan Perdana Menteri dalam urusan pelantikan hakim. 

Sekretariat itu menggesa nama individu yang disyorkan untuk menggalas tugas hakim kanan di Istana Kehakiman hendaklah berdasarkan kelayakan, integriti dan senioriti. 

Katanya, pelantikan itu juga tidak harus wujud persepsi situasi konflik kepentingan Perdana Menteri dalam pelantikan posisi tertinggi badan kehakiman negara.

“Perdana Menteri mesti mengumumkan dirinya mempunyai konflik kepentingan dan mengecualikan dirinya dalam pemilihan hakim. 

“Pembangkang  mesti mendesak kerajaan membuat pindaan kepada Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 agar Perdana Menteri tidak lagi terlibat dalam pelantikan hakim.

“Segala usaha perlu dilakukan rakyat Malaysia dari pelbagai kedudukan latar belakang untuk terus memantau proses pelantikan mana-mana jawatan tinggi dalam negara,” katanya. 

Enam resolusi itu dibincangkan bersama Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pimpinan badan politik lain bersama badan bukan kerajaan (NGO) turut bersama memeterai resolusi bagi memastikan pelantikan hakim kekal telus.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...