Anwar Di Sidang Kemuncak G20 di Johannesburg

saya menyatakan kepada semua negara yang hadir bahawa kita sedang berhimpun di sebuah benua yang pernah dirundung dasar apartheid yang bobrok, dan luka yang ditinggalkan sangat membekas, dan ini menjadi hujah pokok saya dalam menggesa kezaliman dan pembantaian di Gaza dihentikan, serta berusaha untuk mengakhiri kemelut di Sudan serta mencari penyelesaian damai di Ukraine.

Malaysia lantas berkongsi pengalaman ASEAN dalam menangani tekanan dan pemerasan politik, kejutan dari dampak tarif, rantaian bekalan yang lesu serta perubahan teknologi yang bergerak pantas. Pengajaran dari itu tersedia jelas yakni ketahanan tidak lahir dari ‘isolation’, tetapi terjelma dari dasar yang sepadu dan kerangka peraturan yang boleh dijangka. Justeru, saya tegaskan betapa gelombang AI akan mengubah corak pasaran kerja dan ia akan menjadi jauh lebih rumit sekiranya negara tidak bersedia dengan rempuhan gelombang tersebut.

Saya turut sentuh bahawa dunia tidak mampu membina daya tahan global sekiranya kita terus dirundung kelesuan fiskal, tatkala banyak negara sedang berbelanja lebih untuk mendepani permasalahan hutang ketimbang pendidikan.

Walhasil, kita mesti melabur sebelum kemelut merempuh, bukan selepas. Malaysia tentunya bersedia untuk bekerjasama dengan semua rakan dan sahabat untuk memperkukuh ekonomi global yang terbuka, stabil dan yang menjamin peluang yang adil kepada setiap warga dan insan.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Warisan buka ruang kerjasama selepas PRN Sabah

Walaupun bertekad membentuk kerajaan Sabah sendiri, Presiden Warisan Shafie...

KEBERANIAN DAN DEDIKASI WARGA SANG SAKA BIRU TERUS DIHARGAI

Putrajaya International Convention Centre hari ini menjadi pentas penuh...

HARI INI MOHON,HARI INI DAPAT PASSPORT? – FIFA

Sebahagian pemain bola sepak ‘warisan’ yang kini digantung menerima...

Pilih ikut rekod prestasi bukan retorik pesan – Nurul Izzah

1)GPS - KM Hajiji bersama beberapa Adun Sabah terpalit...