Anwar bimbang budaya membaca semakin pudar

KUALA LUMPUR, 17 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang budaya membaca semakin pudar membuka ruang penipuan dan kekeliruan di kalangan rakyat terbanyak. 

Perdana Menteri berkata budaya membaca perlu dipupuk kembali dengan memartabatkan perpustakaan sebagai gedung mencurah ilmu.

“Budaya membaca semakin pudar. Dunia semakin terbenam dalam budaya memburu reaksi pantas di mana pandangan terbentuk hanya menerusi dua baris ayat.

“Perkembangan ini membimbangkan tatkala ia melahirkan budaya tidak peduli dan menjadikan perbahasan awam semakin runcing.

“Dipenuhi kebencian, tipu muslihat dan kekeliruan tanpa asas ilmu. Justeru budaya membaca dan berfikir mesti dihidupkan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook selepas merasmikan Kongres Pustakawan Asia Tenggara ke-19 di sini hari ini.

Katanya, perpustakaan tidak hanya dibina sebagai monumen megah namun harus menjadi ruang hidup untuk pencarian dan penggalian ilmu.

“Ia boleh mengekalkan suasana kepatuhan dan turut berkembang dengan zaman menjadi tempat mencabar idea, membandingkan pengalaman dan memperkuat antara satu sama lain.

“Saya tegaskan bahawa kekuatan negara Madani mesti bertunjangkan ilmu. Perpustakaan, bersama sekolah dan universiti harus menjadi nadi kepada keagungan tamadun.

“Perpustakaan harus menjadi jambatan kepada keyakinan ini dan pustakawan adalah penjaga amanahnya,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Mukriz Mahathir Templak Anwar

“Tun Mahathir perasuah”, tuduh Anwar Ketika Tun Mahathir berjabat tangan...

𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥

1. Anwar cabar supaya pihak lawan mengemukakan usul tidak...

ULASAN AWAL RMK13: ANTARA ASPIRASI DAN REALITI PELAKSANAAN – YB Syahir Sulaiman

Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dibentangkan pada saat Malaysia...