Anwar berjaya tangguh saman Yusoff Rawther

KUALA LUMPUR, 10 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjaya menangguhkan kes saman bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther yang sepatutnya didengar minggu depan.   

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Supang Lian sebulat suara membenarkan permohonan Anwar untuk didengar pada 21 Julai ini.  

“Sehubungan itu, kami dengan ini mengeluarkan perintah ad-interim untuk menangguhkan semua prosiding, termasuk perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi.

“Sementara menunggu pelupusan permohonan penangguhan oleh perayu,” katanya memetik laporan Berita Harian. 

Dua lagi panel hakim Mahkamah Rayuan bersama Supang hari ini ialah Datuk Faizah Jamaludin dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin. 

Mahkamah hari ini memaklumkan perintah ad-interim itu dikeluarkan mengikut Seksyen 44 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Katanya, ia bagi memelihara integriti permohonan penangguhan Anwar sehingga ia diputuskan pada 21 Julai ini. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom 

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...