Anwar: Bangkit dalam mesyuarat jika bantah Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pemilihan PKR membangkitkannya dalam mesyuarat khas.

Presiden PKR itu berkata pemilihan bagi menentukan pimpinan parti di peringkat cabang dijalankan dengan baik dan tidak akan mempengaruhi pentadbiran kerajaan.   

“Pemilihan parti dijalankan dengan baik. Ada apa-apa masalah dan kemusykilan boleh dibangkitkan dalam mesyuarat khas. Ini soal parti. 

“Tidak timbul soal kerajaan negeri atau persekutuan. Ia akan berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini. 

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menyifatkan Pemilihan PKR kali ini sebagai misi memusnahkan politik elit dan kartel yang lama bersarang dalam parti.

Hassan berkata keputusan pemilihan kali ini menggambarkan kehendak akar umbi yang mahu mengajar pemimpin sombong dan rakus mendapat kuasa.

Katanya, pemimpin kanan yang gagal dalam pemilihan kali ini dilihat sukar dihubungi dan tidak mesra dengan ahli biasa PKR.

Anwar berkata pimpinan yang dipilih pada peringkat cabang berjaya menampilkan prestasi masing-masing tanpa dipengaruhi percaturan politik.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...