Anwar arah MoH segera selesai kemelut doktor swasta

KUALA LUMPUR 8 MEI — Perdana Menteri mengarahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk segera meneliti isu yang dibangkitkan pengamal perubatan swasta (GP).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu antara yang dibangkitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet semalam. 

“Apa yang dibangkitkan membabitkan penggunaan Akta 723 yang berada di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Terdapat dalam kalangan doktor yang bertanya mengapa akta tersebut digunakan dan bukannya Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). 

“Jadi, Perdana Menteri meminta supaya perkara ini segera dijelaskan,” katanya ketika berucap dalam Taklimat Khas Mesyuarat Kabinet semalam. 

Lebih 300 pengamal perubatan kelmarin mengadakan perhimpunan aman di hadapan Pejabat Perdana Menteri bagi membantah Akta 723.

Mereka menuntut supaya akta itu disemak semula dan bidang perubatan dikawal sepenuhnya di bawah Akta 586 yang disifatkan lebih sesuai.

Fahmi berkata Jadual Ketujuh dalam Akta 586 yang menetapkan caj perundingan dan tatacara klinik swasta akan dikaji.

Katanya, Dr Dzulkefly juga memaklumkan kertas Jemaah Menteri berhubung perkara itu sudah disiapkan untuk pertimbangan pihak kerajaan. 

“Dalam satu atau dua minggu lagi, ia dijangka dibawa semula ke Kabinet untuk keputusan,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...