Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153

GAZA: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua.

Dalam tempoh 24 jam yang lepas, 55 orang terbunuh dan 123 yang lain cedera angkara serangan tentera Israel, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 38,153 dan kecederaan kepada 87,828 sejak konflik Palestin-Israel tercetus pada awal Oktober 2023, katanya.Ia berkata sejumlah mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan serta berada di jalan raya, dan tentera Israel menghalang pasukan ambulans dan pertahanan awam daripada membantu mereka.

Selama sembilan bulan serangan ke atas Gaza, keluarga-keluarga di sana terus menghadapi pengusiran, kemusnahan besar-besaran dan ketakutan yang berterusan, kata Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di platform media sosial X pada Ahad.

“Kekurangan bekalan asas, (bahang musim panas) tidak tertanggung, (dan) penyakit merebak,” kata UNRWA.

BERNAMA | #InspirasiChannelz | Foto : Human Rights Watch

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...