Ali sumpah laknat Sabtu ini bukti tuduhan benar

KUALA LUMPUR, 26 MEI — Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad akan melaksanakan sumpah laknat Sabtu ini bagi membuktikan dirinya berada di pihak benar. 

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara itu berkata pendekatan itu terpaksa diambil selepas terdapat pihak tertentu yang sangsi dengan keterangannya. 

“Selepas 12 hari segala bukti sudah diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mungkin pihak polis boleh menjawab apakah perkembangan terbaru kes ini. 

“Ini kerana daripada pihak saya, segala bukti dan saksi sudah saya serahkan. Mereka lebih arif untuk menjawab persoalan ini. 

“Masih aktif individu menyatakan hal ini perbuatan jahat kecerdasan buatan (AI). Selagi perkara ini tidak diselesaikan, maka tidak ada kesudahan tentang perkara ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas perkembangan siasatan polis. 

Katanya, sementara menunggu siasatan polis yang sudah memasuki minggu kedua, satu acara sumpah laknat akan dijalankan Sabtu ini. 

“Melalui sumpah mubahalah, manusia berikhtiar dalam sumpah di tahap tertinggi supaya Allah segera menunjukkan kebenaran dan menghukum orang yang tidak mahu bertaubat.

“Andai tidak bersalah, usah ragu kerana kita ada Allah yang maha melihat dan maha menilai. Kita ada Allah yang cukup adil dalam pengadilan-Nya,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...