Aktivis soal siapa layak ganti Fadhlina jadi menteri

KUALA LUMPUR,29 MEI — Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) mendakwa rombakan Kabinet pasti akan berlaku selepas peletakan jawatan dua menteri PKR. 

Timbalan Pengarahnya, Dr Anuar Ahmad berkata rombakan juga perlu dalam bidang pendidikan menyaksikan menteri baharu yang lebih berkredibiliti. 

“Negara sangat memerlukan seorang Menteri Pendidikan sebagai pemimpin pendidikan yang cemerlang dan diyakini rakyat.

“Susulan peletakan jawatan dua menteri Kabinet, tidak dapat tidak rombakan Kabinet tentunya akan berlaku dalam masa terdekat.

“Pada anda, siapa watak yang paling sesuai untuk jawatan Menteri Pendidikan?” soalnya mengulas peletakan jawatan dua menteri PKR. 

Anuar berkata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi video pengumuman peletakan jawatannya sempat memberikan amanat penting.

Katanya, Rafizi menjelaskan fokus utama Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) ialah reformasi pendidikan termasuk melakukan penstrukturan semula sistem pendidikan.

“Tanpa kepimpinan kuat, tahan uji, mempunyai pengetahuan mendalam tentang pendidikan, reformasi pendidikan dalam RMK13 sukar dijayakan,” katanya.

Rafizi bersama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad semalam mengumumkan peletakan jawatan.

Dua Ahli Parlimen PKR itu mengambil keputusan tersebut selepas tewas dalam pemilihan parti minggu lalu.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...