Aktivis: PKR perlu satu ahli satu undi kekang politik wang

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Bekas Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau menggesa pemilihan parti dikembalikan kepada sistem satu ahli satu undi.

Fairul Al-Qasas berkata dengan kaedah itu PKR dapat mengekang amalan politik wang yang disyaki mencemari pemilihan beberapa hari lalu.  

“Wajib PKR pinda semula perlembagaan supaya sistem satu ahli satu undi memilih pimpinan pusat. Saya yakin jika ini dilakukan ia mampu mengembalikan keyakinan ahli.

“Satu ahli satu undi adalah sistem agak kalis kepada politik wang. Modal untuk ‘jaga’ semua ahli adalah terlalu besar. Berbanding modal menjaga perwakilan.

“Disebabkan ahli juga adalah rakyat, maka penguasa terpilih akan fokus untuk menjaga rakyat, membuat program yang bermanfaat dan mencerdikkan rakyat,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini tampil dengan cadangan memperbaiki sistem Pemilihan PKR.

Katanya, PKR wajib berbangga untuk mengembalikan semula sistem satu ahli satu undi kerana tiada parti yang berani melakukannya.

“Berbanding sistem baharu di mana ada penguasa berjawatan di Putrajaya sibuk turun ke cabang-cabang untuk ‘jaga’ ahli.

“Akibatnya pemimpin yang sibuk menjaga rakyat di Putrajaya, ketinggalan dan akhirnya disingkirkan dengan alasan ‘tidak menjaga ahli’,” katanya.

“Berdasarkan pemerhatian, majoriti ahli PKR mahu supaya hak setiap ahli untuk mengundi atau memilih pimpinan pusat dikembalikan,” katanya.

Fairul berkata ketempangan Pemilihan PKR kali ini tidak hanya bermasalah di peringkat pusat malah menjalar sehingga ke cabang. 

Katanya, proses pengesahan identiti secara elektronik (e-KYC) dilihat menafikan hak ahli PKR untuk mengundi di peringkat cabang. 

“Konsep pemilihan di peringkat cabang masih dikekalkan satu ahli satu undi namun hanya ahli yang berdaftar dengan kaedah e-KYC sahaja yang layak mengundi.

“Ini menafikan hak ribuan ahli yang lain apabila mereka tidak mengemaskini e-KYC. Dalam mengejar ketelusan, PKR sudah menafikan hak ahli yang lain untuk mengundi.

“Saya bagi contoh di cabang saya, kami ada 1,600 ahli tetapi hanya 220 orang sahaja yang sempat didaftarkan. Tidakkah kita terlalu tergesa-gesa?” soalnya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...