Aktivis dakwa ramai mahu Maszlee kembali jadi menteri

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Dr Anuar Ahmad menegaskan Malaysia memerlukan seorang menteri yang berjiwa pendidikan dalam melakukan transformasi kepada anak bangsa. 

Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) mendakwa Dr Maszlee Malik antara individu yang dilihat dapat menyahut seruan itu.

“Nampaknya ramai yang mengharapkan Maszlee kembali sebagai Menteri Pendidikan kerana agenda reformasi pendidikan masih banyak yang belum dimulakan.

“Ramai yang boleh jadi Menteri Pendidikan tetapi belum tentu mereka benar-benar faham dan menghayati makna sebuah sistem pendidikan untuk negara majmuk seperti Malaysia.

“Untuk memajukan pendidikan negara, kita memerlukan seorang Menteri Pendidikan yang benar-benar berjiwa pendidikan,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini. 

Anuar berkata walau ramai yang berpandangan prestasi Fadhlina Sidek semakin menyerlah namun Menteri Pendidikan mestilah seseorang yang berpandangan jauh.

Katanya, rakyat mahukan seorang Menteri Pendidikan yang kukuh pemikiran pendidikan dan tidak sekadar menjadi ‘pak turut’.

“Seorang Menteri Pendidikan mestilah berani dan tidak teragak-agak untuk membawa perubahan pendidikan. Rakyat memerhati dan menilai semua ini.

“Sebab itu seorang Menteri Pendidikan bukan sahaja mesti rajin ‘turun padang’ bertemu rakyat tetapi juga mesti mempunyai karisma, visi dan misi pendidikan yang jelas dan kukuh.

“Setiap keputusan yang keluar dari mulut seorang Menteri Pendidikan adalah keputusan yang bijaksana walaupun pahit demi memajukan pendidikan anak-anak bangsa,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...