Agong zahir ucapan terima kasih sempena sambutan Hari Bapa

KUALA LUMPUR, 15 JUN — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua insan yang bergelar bapa di seluruh negara. 

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan itu buat semua bapa yang banyak mencurahkan kasih sayang kepada seluruh ahli keluarga.

“Seorang bapa bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga malah merupakan sumber kekuatan serta pembimbing dalam kehidupan anak-anak.

“Terima kasih di atas segala pengorbanan, kasih sayang serta didikan yang tidak ternilai. 

“Walaupun kadang kala tidak terucap dengan kata-kata, jasa dan cinta seorang bapa sentiasa tersemat di hati,”  titah baginda menerusi coretan di laman Facebook hari ini.

15 Jun setiap tahun merupakan sambutan Hari Bapa seluruh dunia bagi mengenang pengorbanan dan susah payah insan yang bergelar bapa membangunkan keluarga. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...