Agong titah ASEAN terus teguh, saling hormat

KUALA LUMPUR, 27 MEI — Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan ASEAN dan rakan-rakannya akan terus berdiri teguh dalam perpaduan dan saling menghormati membina masa depan yang inklusif.

Sultan Ibrahim bertitah Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang diadakan sejak semalam berlangsung pada waktu yang penuh dengan cabaran dan kompleksiti global.

“Malaysia berbesar hati menjadi tuan rumah kepada sidang-sidang kemuncak yang penting ini mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan keamanan dan kemakmuran.

“Semoga masa anda di sini dapat memperkukuh lagi ikatan persahabatan dan kerjasama yang menyatukan kita semua,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika Majlis Santapan Diraja di Istana Negara di sini hari ini bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Majlis Santapan Diraja itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin tertinggi ASEAN, negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), China dan Timor-Leste.

Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung selama dua hari di sini sejak semalam bersekali Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...