Ada kartel kontraktor dalam MRSM – Asyraf Wajdi

Kuala Lumpur: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan kewujudan kartel membabitkan kontraktor dalam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau berkata, terdapat proses dan tatacara dalam perolehan yang ketat ditetapkan bagi setiap kontrak dalam MRSM yang tidak membabitkan dirinya.

“Apabila saya jadi Pengerusi Mara, saya ada dengar cakap-cakap di luar sana yang memaklumkan ada kartel (kontraktor) dalam MRSM.

“Bila saya turun padang, memang saya nampak ada kartel itu. Semasa memohon, keutamaan diberikan kepada syarikat tempatan yang terletak berhampiran dengan MRSM supaya apabila berlaku sesuatu, mudah untuk mereka kendalikan (permasalahan itu).

“Bagaimanapun, ada antara mereka yang memohon menggunakan alamat berhampiran (dengan MRSM terbabit) tetapi apabila disemak, rupanya berada jauh di luar kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program MARA Integrated Accounting Conference (MiCA) 2025, di sini, hari ini.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Tiga Nelayan Hilang Ketika Merawai Ditemukan Selamat Di Indonesia

ALOR SETAR: Tiga orang nelayan yang dikhuatiri hilang setelah...

Harga Sawit Tinggi RM4,800 Satu Tan

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih...

Azalina Minta Ahli Umno Tutup Isu Adendum

Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said menggesa ahli parti...

Permohonan Tun Dr Mahathir Semakan Kehakiman Kes RCI Batu Putih Di Tolak Makhamah

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad gagal dalam permohonannya...