Inisiatif ‘Ini Warisan Kita’, diperluaskan – Aaron

Aaron berkata pada 2023, kementeriannya melancarkan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ sebagai satu daripada pengisian utama dalam program Kembara Perpaduan Malaysia MADANI melalui konsep ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’. – Gambar fail/BERNAMA

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan memperluas inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ dengan pelaksanaan empat program baharu di bawah inisiatif berkenaan pada tahun ini.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata empat program itu ialah Festival Budaya Warisan Sarawak, Festival Budaya Warisan Sabah, Kenali Minoriti Kita dan Bahasa Etnik Minoriti.

“KPN akan memperluas lagi program ‘Ini Warisan Kita’ ke seluruh negara termasuklah pelaksanaannya di peringkat sekolah bagi meningkatkan Iagi pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum tentang khazanah warisan negara ini.

“Kementerian akan sentiasa memberi sokongan kepada program bercirikan kebudayaan dan kemasyarakatan kerana ia dilihat berupaya mengeratkan silaturahim, menyatupadukan rakyat dan memperteguh hubungan masyarakat demi kesejahteraan serta keharmonian negara,” Aaron berkata pada tahun lepas, kementeriannya telah melancarkan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ sebagai satu daripada pengisian utama dalam program Kembara Perpaduan Malaysia MADANI melalui konsep ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’.

Beliau berkata inisiatif itu untuk menyuntik semangat cinta kepada tanah air melalui penghayatan terhadap kepelbagaian khazanah yang diwarisi negara sejak turun-temurun.

Foto BERNAMA | INSPIRASICHANNELZ | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

UMNO selar hasrat Zafrul letak jawatan masuk PKR

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki...

Pemuda: UMNO gembira, letak sekali jawatan menteri

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Ketua Pemuda UMNO menyambut...

Mahu masuk PKR, Tengku Zafrul umum keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Tengku Datuk Seri Zafrul...

BERSATU gesa Zahid ikut jejak Rafizi lepas jawatan TPM

KUALA LUMPUR, 30 MEI — Parti BERSATU menggesa Datuk...