Sanusi bidas Akmal Nasrullah

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir agar tidak mempolitikkan isu Loji Rawatan Air (LRA) yang dicanang ‘bermasalah’.

Beliau berkata, isu dimainkan seolah kerajaan negeri gagal melaksanakan projek LRA Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau, sedangkan hasil tinjauan dilakukan mendapati kes terbabit tidak serius dan boleh ditangani.

Sanusi sebaliknya menyifatkan kenyataan Pengarah Strategi PKR itu sebagai ‘cakap politik’ bagi memberi gambaran kerajaan negeri tidak pandai menguruskan projek pembangunan.

“Dia (Akmal Nasrullah) gambarkan seolah kes besar. Mai (datang) sini, nak buat kandungan TikTok saja. Yang orang jawab tak masukkan hanya letak yang dia cakap seorang. Lepas itu potong video supaya nampak isu berat.“Masa saya melawat (pada Selasa) kedua-dua loji berkenaan tak ada masalah besar, tengok tak ada apa pun. Namun digambarkan seperti kita tak reti buat kerja,” katanya.

SINAR HARIAN | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...