‘Jual air 3 sen kepada Singapura hingga kiamat’ – Tun Mahathir

SHAH ALAM – Malaysia memberikan ‘subsidi’ kepada Singapura dengan menjual air mentah sebanyak 250 juta gelen sehari dengan kadar hanya 3 sen (SG$ 1 sen) sahaja bagi setiap 1,000 gelen sejak tahun 1962.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sejak 61 tahun lalu iaitu dari tahun 1962 hingga 2023, kerajaan Malaysia memberi ‘subsidi’ kepada negara seberang tambak itu berjumlah 2.379 bilion.

Justeru, negarawan itu secara sinis menasihatkan agar kerajaan terus membantu Singapura dengan menjual air berharga 3 sen sehingga kiamat.

“Malaysia adalah negara subsidi. Kita bukan sahaja beri subsidi kepada rakyat sendiri tetapi juga kepada negara asing. Sehingga kini kita masih jual air mentah dengan harga 3 sen (bagi) 1,000 gelen.

“Perkiraan menunjukkan yang Singapura dapat subsidi sebanyak RM39 juta setahun dari Malaysia (Johor) berbanding jika (jualan air) berharga 45 sen untuk 1,000 gelen sehari sejak dari permulaan penjualan 250 juta gelen sehari.

“Yang rugi ialah negeri Johor kerana air disedut dari sungai Johor. Nasihat saya jual air mentah Johor pada harga 3 sen 1,000 gelen sehingga kiamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Singapura sebelum ini bersetuju membayar 45 sen bagi setiap 1,000 gelen hingga tahun 2011 dan 60 sen mulai 2011 hingga 2061 yang akan berterusan hingga 100 tahun selepas itu.

Bagaimanapun, republik itu kemudiannya menolak apabila Kerajaan Malaysia dilaporkan mengenakan syarat bahawa Singapura perlu membayar 60 sen bermula 2001 hingga 2007 dan RM3 hingga 2011.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri pernah membangkitkan isu berkenaan pada pertengahan 2019 dan menyatakan bahawa harga air mentah yang dijual kepada Singapura tidak munasabah serta bercadang untuk merundingkan semula terma perjanjian.

Perjanjian berkenaan yang berakhir pada 2061, memberi hak kepada Singapura untuk mengeluarkan 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor pada kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.Johor kemudian membeli semula air terawat daripada republik itu pada kadar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

SINAR HARIAN | #InspirasiChannelz | Foto : INSPIRASI CHANNELZ

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 – Datuk Bandar Sadiq Khan

LONDON: London dijangka menjadi "ibu kota global yang tidak...

UMNO & BN Akan Terus Kekal Bersama Kerajaan Perpaduan Sehingga Pru 16

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

Perlantikan Thaksin Sinawat, Persediaan Asean 2025

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan pengerusi ASEAN pada...

Tun Dr Mahathir Mohamad Mempromosi Tahun Melawat Kedah 2025

Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Rangka Kerja Di Langkawi...