Mereka sudah berpindah ‘kiblat’ dan perlu mengosongkan kerusi yang disandang – Tengku Razaleigh

SHAH ALAM: Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyatakan sokongan kepada parti lain disifatkan sudah berpindah pendirian dalam perjuangan politik.

Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata, keadaan itu menunjukkan mereka sudah berpindah ‘kiblat’ dan perlu mengosongkan kerusi yang disandang.

“Ini perkara yang pelik (tidak berlaku kekosongan enam kerusi). Sepatutnya ada satu tafsiran sahaja. Kalau kosong di Kelantan kerana menggunakan peruntukan perlembagaan sama yang dipinda oleh Parlimen untuk menyekat orang melompat parti, maka di Parlimen pun sama.

“Tak boleh berbeza antara satu dengan yang lain kerana peruntukan dalam perlembagaan itu sama. Kekosongan kerusi di Kelantan itu mesti diwujudkan kerana wakil (wakil rakyat) sudah memberi sokongan kepada parti lain.

“Maknanya dia sudah pindah kiblat. Apabila dia pindah kiblat bererti dia sudah pindah parti ataupun dia pindah pendirian,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial, TikTok pada Jumaat.

Sebelum ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan enam bekas ahli Parlimennya kekal sebagai wakil rakyat selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan tidak berlaku kekosongan kerusi mereka.

Perkara itu dinyatakan Johari menerusi surat bertarikh 9 Julai.

Perkembangan itu dimaklumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Rabu.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh mendakwa Speaker Dewan Rakyat bimbang dan takut ketidakstabilan Parlimen jika mengisytiharkan kekosongan enam kerusi yang disandang oleh bekas ahli Bersatu.

“Ataupun dia (Johari) memikirkan ini akan tidak akan menjamin supaya Kerajaan Madani akan terus dapat bertindak dengan wajarnya.

“Jadi ini semuanya alasan-alasan politik yang diberikan, bukan dari segi undang-undang tujuan sebenar kita pinda perlembagaan dahulu,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau menegaskan agar kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak takut jika enam kerusi Parlimen itu dikosongkan.

“Dahulu dia (Anwar) pernah berkata, dia mempunyai hampir dua per tiga menyokong di Parlimen.

“Apa nak takut, tidak perlu takut. Saya pun hairan mengapa ini dilakukan. Nampaknya politik lebih daripada segala-galanya,” kata Tengku Razaleigh.

SINAR HARIAN | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Perlantikan Thaksin Sinawat, Persediaan Asean 2025

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan pengerusi ASEAN pada...

Tun Dr Mahathir Mohamad Mempromosi Tahun Melawat Kedah 2025

Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Rangka Kerja Di Langkawi...

Presiden Prabowo Demam,Pertemuan Bersama PMx Di Langkawi DiTangguhkan

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk...

Demi Negara Tun Dr Mahathir & Anwar Ibrahim Perlu Berdamai – Khairuddin Abu Hassan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Mencadangkan Agar "ELDER COUNSEL"...