‘Spiderman’ bercinta dengan gadis muda, kacukan Malaysia

MEDIA sosial kecoh dengan berita bintang Spiderman, Tobey Maguire, 49, yang dikatakan menjalin hubungan dengan seorang model, Lily Chee yang baru berusia 20 tahun.

Ia mula diperkatakan selepas pasangan itu dilihat bersama di sebuah parti anjuran jutawan, Michael Rubin, minggu lalu.

Peminat rata-ratanya terkejut dengan jarak usia 29 tahun antara mereka, apatah lagi Maguire mempunyai seorang anak perempuan yang hanya tiga tahun lebih muda daripada Chee.

Maguire sebelum ini berkahwin dengan Jennifer Meyer dan mempunyai dua anak iaitu Ruby, 17, dan Otis, 15. Pasangan itu bercerai pada 2017.

Gambar Maguire dan Chee di parti itu yang tersebar luas membuatkan ramai meluat, malah memanggil Maguire dengan gelaran predator (pemangsa).

Bagaimanapun, bekas isteri Maguire membelanya dengan menyatakan bahawa gambar itu telah disalah tafsir.

“Saya biasanya tidak akan komen tentang perkara karut seperti ini, tetapi dia (Maguire) ketika itu hanya membantu rakan menaiki keretanya,” tulis Meyer di Instagram, sambil menambah bekas suaminya ‘seorang lelaki yang baik’.

Chee disebut sebagai ‘It Girl’ terbaharu dalam dunia peragaan. Model dengan ketinggian 173 cm itu berdarah Malaysia di sebelah bapa, manakala ibunya warga Ireland dan Scotland.

Chee juga berkecimpung dalam bidang lakonan, di mana dia pernah membintangi siri Daredevil dan siri drama New Amsterdam.

Agensi | Awani | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Sokong akhbar Cina, PERKASA desak pensyarah lucut warga negara

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

PAS fitnah Perak lulus ladang babi tanpa lesen, kata Tok Mat

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Datuk Seri Mohamad Hasan...

Ringgit susut kerap naik gaji minimum, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad...

TUN ABDULLAH BADAWI

18 APRIL — Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan saya...