‘Saya calon paling layak bertanding jawatan presiden’ – Biden

( Foto : AP)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Khamis berkata beliau layak bertanding jawatan presiden dalam pilihan raya November ini, meskipun terdapat desakan agar beliau menarik balik pencalonannya, lapor Agensi Anadolu.

“Saya fikir saya paling layak untuk bertanding jawatan presiden. Saya pernah kalahkan beliau (Donald Trump) dan saya akan menewaskannya sekali lagi,” kata Biden semasa sidang media pada akhir sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).Pada 2020, Biden menewaskan calon Republikan Donald Trump yang ketika ini sudah pun mengumumkan hasratnya untuk kembali menerajui Rumah Putih.

“Saya tidak bertanding untuk meneruskan legasi. Saya bertanding untuk menyelesaikan tugas yang saya mulakan.

“Kita telah membuat begitu banyak kemajuan. Fikirkanlah.

“Saya optimis mengenai arah tuju perkara ini,” katanya.

Biden membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap desakan yang semakin meningkat, menggesa beliau menarik diri daripada pilihan raya Presiden 2024.

Pemimpin itu juga menyebut bahawa sekutu AS di sidang kemuncak NATO menggalakkan beliau untuk bertanding semula jawatan presiden.

Biden ketika ini merupakan presiden paling tua dalam sejarah dan akan berusia 86 tahun apabila penggal keduanya tamat.

BERNAMA | Foto : AP | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...