PUTRAJAYA, 10 Julai 24 – Negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad merayu kepada kerajaan tentera Myanmar untuk membenarkan warga Rohingya untuk kembali ke kampung halaman mereka di negara tersebut.
Dalam satu entri semalam, Mahathir berkata, warga Myanmar seharusnya di layan seperti warganegara Myanmar kerana mereka tidak menentang kerajaan Myanmar.
“Orang Rohingya beragama Islam. Mereka telah tinggal di kawasan Myanmar selama berabad-abad.
“Mereka tidak memudaratkan kumpulan etnik lain di Myanmar. Sudah tentu, mereka tidak menentang Kerajaan Myanmar.
Menurut Mahathir, semua rakyat berbilang kaum adalah rakyat Myanmar yang sepatutnya mempunyai hak sebagai rakyat di dalam sebuah negara, namun mereka tidak dilayan sebagai warganegara yang mempunyai hak yang sama rata.
“Mereka terpisah, setiap kumpulan etnik tinggal di kawasan sendiri.
“Seperti biasa orang yang berbeza menganut agama yang berbeza, ini tidak sepatutnya menjejaskan kesetiaan mereka kepada negara.
“Tetapi majoriti rakyat Burma beragama Buddha. Penganut Buddha biasanya bertolak ansur dengan penganut agama lain. Di Myanmar bagaimanapun mereka tidak bertolak ansur terutamanya orang Islam. Jelas Mahathir yang kini menyambut ulang tahun ke 99 tahun.
Berdasarkan rekod United Nations High Commissioner for Refugees is a United Nations (UNCHR) keadaan kemanusiaan di Myanmar semakin merosot sejak Februari 2021 akibat peningkatan konflik dalam negara dan pergolakan politiknya.
Sumber PBB menyatakan, berjuta-juta orang dipindahkan secara dalaman dalam Myanmar, dengan majoriti di Barat Laut, di Negeri Rakhine dan di Tenggara, serta di negeri Kachin di Timur Laut.
Majoriti pelarian dan pencari suaka lain dari Myanmar juga berlindung dan kini berada di Thailand, Malaysia dan India.
Tahun ini genap empat tahun keempat Myanmar berada dalam belenggu rampasan kuasa, sekali gus menamatkan tempoh singkat negara diperintah secara demokrasi, dengan junta memberi amaran akan melakukan ‘apa sahaja diperlukan’ untuk menumpaskan penentangan terhadap pemerintahannya.
Di seluruh negara, perarakan besar menentang rampasan kuasa itu disambut oleh tindakan keras yang kejam dan berterusan yang menyebabkan beribu-ribu penunjuk perasaan mencari jalan untuk melawan.
Lebih 4,400 orang terbunuh dalam tindakan keras tentera terhadap perbezaan pendapat dan lebih 25,000 ditangkap, menurut kumpulan pemantau tempatan.
#InspirasiChannelz