Tentera Rusia musnahkan 38 dron Ukraine

MOSCOW, 9 Julai– Tentera Rusia telah memusnahkan 38 dron Ukraine semalaman, di kawasan berhampiran sempadan, kata Kementerian Pertahanan Moscow.

“Sistem pertahanan udara yang bertugas memusnahkan dan memintas tiga pesawat udara tanpa pemandu (UAV) di wilayah Belgorod, tujuh UAV di wilayah Kursk, dua UAV di wilayah Voronezh, 21 UAV di wilayah Rostov dan lima UAV di wilayah Astrakhan,” kata kementerian itu menerusi Telegram.

Gabenor Astrakhan, Igor Babushkin berkata, Ukraine telah melancarkan serangan percubaan besar-besaran untuk menyerang sasaran dengan menggunakan dron di utara wilayah itu. Bagaimanapun, serangan itu telah berjaya ditangkis.

Kedua-dua pihak menggunakan dron, termasuk pesawat yang meletup sendiri dan lebih besar serta boleh mencapai jarak sehingga beratus-ratus kilometer, sepanjang tempoh konflik ini yang bermula pada Februari 2022.

Ukraine telah meningkatkan serangannya ke atas wilayah Rusia tahun ini, menyasarkan kedua-dua kawasan tenaga yang dikatakan sebagai bahan api tentera Rusia, serta bandar dan kampung di seberang sempadan.

Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan serangan darat baharu di wilayah Kharkiv timur laut Ukraine pada Mei, dalam operasi untuk mewujudkan zon pertahanan dan mengusir tentera Ukraine bagi melindungi sempadan Rusia wilayah Belgorod daripada serangan.

AFP | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...