Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap – Mad Sabu

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dengan penuh tawaduk dan akan berusaha mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kesepaduan jentera antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16.

“Amanah menghormati keputusan PRK Sungai Bakap dengan penuh tawaduk bahawa usaha berterusan akan digerakkan Amanah bagi mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan Perpaduan.

“Amanah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas parti di semua peringkat yang telah memberikan komitmen yang cukup jitu sepanjang tempoh berkempen,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Pada Ahad lepas, Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi menewaskan calon PH Dr Joohari Ariffin.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya sebelum ini Nor Zamri Latiff, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

BERNAMA | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...