Serangan udara Israel, pegawai kanan pejuang Hamas didakwa antara yang terkorban

Gaza, 8 Julai – Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin mendakwa pegawai kanan pejuang Hamas, Ehab al Ghussein terbunuh dalam serangan udara rejim Israel di Gaza.

Menurut kenyataannya, Ehab yang juga Timbalan Menteri Buruh dalam pentadbiran Hamas bersama tiga yang lain terbunuh dalam serangan tersebut.

Perkhidmatan Kecemasan Awam memaklumkan sebelum ini, pihaknya menemui empat mayat dan menyelamatkan orang ramai yang cedera selepas pesawat Israel mengebom sebuah bangunan sekolah.

Bangunan tersebut melindungi sejumlah besar penduduk yang kehilangan tempat tinggal di pinggir Gaza.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Arab al Ahli di bandar berkenaan.

Dalam pada itu, sekurang kurangnya enam orang awam di palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Israel ke atas penduduk kawasan Sheikh Radwan di Bandar Gaza dengan tiga lagi mayat ditemui dari sebuah rumah yang dibom di kejiranan al-Mina.

Rakyat Palestin yang terbunuh dan cedera ditempatkan di Hospital Syahid Al-Aqsa selepas Israel melakukan serangan ke atas pelarian Nuseirat yang menyebabkan 16 orang terbunuh dan 75 yang lain cedera.

Berita RTM | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...