Pas mahu bawa gelombang kemenangan Sungai Bakap ke Nenggiri

KOTA BHARU – Pas Kelantan mahu membawa gelombang kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, 17 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kemenangan diraih Abidin Ismail dengan majoriti 4,267 itu satu perkembangan yang sangat baik yang dijangka menular ke PRK seterusnya.

“Kami nak kekalkan gelombang itu untuk Nenggiri dan juga PRK lain yang kita jangka berlaku tak lama lagi.

“Jika dibandingkan dengan pilihan raya negeri yang lepas, momentum itu bukan sahaja kekal tetapi semakin meningkat dan paling menggembirakan apabila kami mendapat sokongan undi masyarakat bukan Melayu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penutup Simposium Mineral Strategik Unsur Nadir Bumi Kelantan 2024 di Tunjong di sini, pada Isnin.

Menurut Mohamed Fadzli, sebelum ini, undi daripada bukan Melayu iaitu Cina dan India boleh dikatakan terlalu sedikit sekitar satu hingga dua peratus sahaja tetapi meningkat di PRK Sungai Bakap.

“Kami semakin mendapat sokongan bukan Melayu dan pengundi India juga meningkat.

“Pengundi bukan Melayu terutamanya Cina walaupun mereka tidak memberikan sokongan kepada PN, tetapi mereka menunjukkan kekecewaan kepada Pakatan Harapan (PH) atau Kerajaan Madani dengan cara tidak keluar mengundi,” katanya.

Dalam pada itu, merujuk kepada Nenggiri yang dilihat mempunyai pengundi daripada kalangan Orang Asli, Mohamed Fadzli yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya sentiasa menjaga kebajikan komuniti itu.

Kata beliau, sokongan Orang Asli lebih kepada Barisan Nasional (BN) sebelum ini turut dijangka beralih kepada PN hasil gerak kerja yang dilakukan pihaknya.

“Kami ada kelebihan di Nenggiri kerana kami adalah kerajaan negeri.“Kerja-kerja menjaga kebajikan terutama kepada Orang Asli di Nenggiri itu sudah lama dilakukan dan bukanlah pembangkang yang baru nak mulakan kerja setiap kali pilihan raya,” katanya.

Sinar Harian | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Perlantikan Thaksin Sinawat, Persediaan Asean 2025

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan pengerusi ASEAN pada...

Tun Dr Mahathir Mohamad Mempromosi Tahun Melawat Kedah 2025

Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Rangka Kerja Di Langkawi...

Presiden Prabowo Demam,Pertemuan Bersama PMx Di Langkawi DiTangguhkan

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk...

Demi Negara Tun Dr Mahathir & Anwar Ibrahim Perlu Berdamai – Khairuddin Abu Hassan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Mencadangkan Agar "ELDER COUNSEL"...