PRU16: Kerjasama BN, PH perlu dimuktamad lebih awal – Penganalisis politik

KUALA LUMPUR: Keputusan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang perlu dimuktamadkan lebih awal bagi mengelakkan keresahan dalam kalangan parti komponen dan akar umbi.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Sivamurugan Pandian berpandangan keputusan yang dibuat perlu mengambil kira persekitaran politik semasa, kesan kepincangan dalaman serta sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Katanya lagi, akar umbi perlu memahami ‘roh’ sebenar yang mahu dibawa oleh BN, sekali gus memudahkan proses perancangan penentuan kerusi dan calon menjelang PRU16.

“Jika BN membuat pilihan untuk bergerak sendirian, bermakna itu juga perlu mendapat pandangan daripada akar umbi dari awal yang boleh membawa kepada sesuatu yang lebih kukuh.

“Apabila dibawa kepada peringkat atasan, (perkara yang perlu diambil kira) perbincangan dan penelitiannya serta bagaimana itu mampu merangka strategi yang lebih bersifat menyeluruh.

“Tetapi saya percaya pandangan di peringkat akar umbi, cawangan serta negeri juga perlu diperolehi dan kemudian Majlis Tertinggi parti masing-masing agar ia memberi satu yang lebih bersifat membawa kepada motivasi dan keazaman untuk perancangan ke arah kempen PRU16, walaupun masanya masih dilihat terlalu lama,” katanya dalam program AWANI Pagi pada Isnin.

Awani | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...