Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap – Anwar Ibrahim

Gabungan Perpaduan menghormati dan menerima kekalahan calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap yang telah berlangsung dengan lancar dan aman.

Selaku Perdana Menteri, saya dengan penuh tawaduk menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap yang berlangsung ketika negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.

Kerajaan MADANI menginsafi keputusan ini dengan menggilap azam memperhebat usaha membela nasib rakyat dan sekali gus menjayakan agenda mengangkat martabat dan darjat rakyat serta negara.

Dengan dasar dan komitmen yang jitu, Gabungan Perpaduan akan terus mengukuhkan kesatuan dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif bertepatan dengan realiti hari ini dan anjakan baharu negara yang sedang berjalan.

#InspirasiChannelz | FB Anwar Ibrahim

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Ringgit susut kerap naik gaji minimum, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad...

TUN ABDULLAH BADAWI

18 APRIL — Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan saya...

Fitnah Khairy, mahkamah arah pendakwah bayar RM2.5 juta

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Pendakwah bebas, Ustaz Abu...

Polis selesai rakam cakap ketua pengarang, pereka grafik Sin Chew

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Ketua Polis Negara memaklumkan...