Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan

KOTA BHARU: Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kategori orang kurang upaya (OKU) pada Sabtu.

Rosdi meninggal dunia pada jam 7.30 malam semasa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Pengarah Mara Kelantan, Fazli Rizal Ismail berkata, sekitar jam 10 pagi Allahyarham telah ke Kampung Gong Manak, Pasir Puteh untuk menyerahkan sumbangan kepada Raja Amirul Mukmin Raja Safari,18.

“Allahyarham berasal dari Pengkalan Petah, Bachok dan mempunyai empat orang cahaya mata,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, arwah sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama MARA.

Sebelum itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memuat naik hantaran di Facebook miliknya berkongsi berita sedih tersebut pada Sabtu.

*Artikel disiarkan di Sinar Harian | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...