Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks.

KUALA LUMPUR: Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Bukit Aman SAC Mohamad Farouk Eshak berkata wanita yang ditahan terdiri daripada 22 warga Thailand, enam Laos, masing-masing lima dari Vietnam dan Indonesia serta seorang warga Kemboja berusia lingkungan 19 hingga 50-an.

“Siasatan mendapati premis urut ini dipercayai melakukan kesalahan menggajikan wanita warga asing tanpa permit yang sah, di samping menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan perkhidmatan seks dan urutan.

“Kebanyakan premis urut ini menyasarkan warga asing dan pelanggan tetap sahaja dengan menawarkan harga untuk pelbagai perkhidmatan bermula dari RM50 sehingga RM150 sehingga RM320,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata semakan mendapati kebanyakan wanita asing yang ditahan menyalahguna pas lawatan sosial dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri, dan kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu dalam kes berasingan dua lelaki dipercayai berperanan sebagai penganjur pertaruhan judi bola sepak EURO 2024 ditahan di dua unit kondominium di Jalan Genting Klang dan Taman Wahyu di sini, semalam.

Mohamad Farouk berkata kedua-dua lelaki itu dipercayai menerima gaji RM3,000 hingga RM5,000 sebulan dan aktiviti (pertaruhan judi bola sepak) itu boleh mengaut keuntungan sehingga RM12,000 sehari.

BERNAMA | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Perlantikan Thaksin Sinawat, Persediaan Asean 2025

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan pengerusi ASEAN pada...

Tun Dr Mahathir Mohamad Mempromosi Tahun Melawat Kedah 2025

Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Rangka Kerja Di Langkawi...

Presiden Prabowo Demam,Pertemuan Bersama PMx Di Langkawi DiTangguhkan

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk...

Demi Negara Tun Dr Mahathir & Anwar Ibrahim Perlu Berdamai – Khairuddin Abu Hassan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Mencadangkan Agar "ELDER COUNSEL"...