Titah Seri Paduka Baginda Sempena Maal Hijrah 2024

0
8

PERBEZAAN AJARAN DAN FAHAMAN MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM – SULTAN IBRAHIM

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah menyeru umat Islam agar berwaspada dengan kepelbagaian ajaran dan fahaman agama Islam yang boleh memecahbelahkan perpaduan ummah.

“Agama Islam yang diamalkan di negara kita adalah berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Namun begitu, saya perhatikan telah wujud banyak fahaman dan ajaran Islam yang berbeza. Sudah jadi macam rojak.

“Ini semua akan memecahbelahkan umat Islam. Janganlah kita dibodoh-bodohkan dengan ajaran oleh pihak yang ada kepentingan sendiri.

“Jika keadaan ini berterusan, macam mana umat Islam hendak bersatu? Awak semua fikirlah betul-betul. Saya cuma boleh ingatkan sahaja, awak semua buat pilihan,” titah Seri Paduka Baginda pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, hari ini (7 Julai).

Berangkat sama mengiringi Sultan Ibrahim, KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim turut mengajak rakyat menjadikan semangat hijrah sebagai landasan hidup masyarakat yang bersaudara dan bersatu padu, serta terus berusaha untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan negara.

“Jika kita selami dan hayati peristiwa tersebut, Hijrah itu bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi lebih kepada perubahan mental dan spiritual untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan mengharapkan keredhaan Allah SWT,” titah Seri Paduka Baginda

#InspirasiChannelz | FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar