Jurutera kilang ditahan rakam video dalam tandas wanita

BALIK PULAU: Polis menahan seorang jurutera kilang kerana disyaki merakam gambar dan video di dalam tandas wanita di sebuah kompleks perniagaan di Lengkok Mayang Pasir, Bayan Baru di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira 10.30 malam selepas kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang bertugas di situ.Beliau berkata semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki terbabit telah beberapa kali masuk ke dalam tandas wanita berkenaan termasuk pada 26 Jun dan Rabu lepas.

“Pemeriksaan dalam telefon bimbitnya menemukan gambar dan video dalam tandas itu serta gambar dan video lucah lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Kamarul Rizal, lelaki terbabit mendakwa dia melakukan perbuatan itu bagi tontonan sendiri.

Beliau berkata suspek direman selama empat hari hingga 8 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

#InspirasiChannelz | BERNAMA

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Anwar nafi imuniti, enggan dakwaan bermotif politik 

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Ramai terima darjah, MCW seru ketatkan saringan

KUALA LUMPUR,4 JUN — Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan...

PENGAMPUNAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

1. Saya ucap terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara...

Fadhlina, Zambry bincang tubuh Majlis Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Menteri Pendidikan hari ini...