BERSATU pilihan Noh Omar , Selamat tinggal Umno.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, 66, mengesahkan penyertaan beliau sebagai ahli Parti Bersatu selepas lebih setahun dipecat daripada UMNO.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata permohonan menyertai parti itu dibuat secara dalam talian semalam tanpa diketahui sesiapa dan telah diluluskan serta-merta.

“Saya pilih Bersatu untuk terus berjuang dalam politik dan marilah kita menaiki kapal baharu demi agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media, semalam.

Noh dipecat daripada UMNO disebabkan pelanggaran disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

#InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Malaysia negara Melayu, bukan berbilang kaum, kata Tun Mahathir

Oleh Kamil Awang  KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Tun Dr...

Sokong akhbar Cina, PERKASA desak pensyarah lucut warga negara

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

PAS fitnah Perak lulus ladang babi tanpa lesen, kata Tok Mat

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Datuk Seri Mohamad Hasan...

Ringgit susut kerap naik gaji minimum, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad...