Nostalgia Tun Dr Mahathir & Pekan Rabu

Kalau di Kota Bharu terkenal dengan Pasar Siti Khadijah – Alor Setar pula tersergam indah Kompleks Pekan Rabu. Terletak tengah-tengah bandar, ia menjadi lambang kemegahan kepada para peniaga Melayu di negeri ini malah di Malaysia. Ini kerana tidak lengkap sekiranya datang Kedah jika tidak singgah dan membeli-belah di Pekan Rabu yang merupakan pusat aktiviti dan ekonomi orang tempatan.

Pengusaha di sini adalah 100 peratus orang-orang Melayu yang membeli produk borang daripada tempat lain dan kemudiannya meniaga di sini. Komplek ini menyediakan pelbagai jualan seperti makanan, kuih, pakaian, songkok, kraftangan serta produk industri kecil dan sederhana. Hari ini, bangunan setinggi empat tingkat itu dibina dengan reka bentuk serba moden namun ciri-ciri keunikan konsep asal Pekan Rabu itu masih dikekalkan dengan reka bentuknya turut dibina dengan konsep tradisional Islamik.

Yang pasti, kini premis ikonik pelancongan Kedah ini tersergam indah memberi nadi baharu kepada Bandar Raya Alor Setar. Tetapi jangan terkejut kerana antara peniaga yang mempunyai nama besar di negara hari ini adalah bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri. Beliau menjual cendol dan membuka kedai kopi serta menjual buah-buahan pada zaman pendudukan Jepun pada tahun 1942 hingga 1944. #InspirasiChannelz | Foto FB Mukriz Mahathir

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Perlantikan Thaksin Sinawat, Persediaan Asean 2025

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan pengerusi ASEAN pada...

Tun Dr Mahathir Mohamad Mempromosi Tahun Melawat Kedah 2025

Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Rangka Kerja Di Langkawi...

Presiden Prabowo Demam,Pertemuan Bersama PMx Di Langkawi DiTangguhkan

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk...

Demi Negara Tun Dr Mahathir & Anwar Ibrahim Perlu Berdamai – Khairuddin Abu Hassan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Mencadangkan Agar "ELDER COUNSEL"...